di hadapan orang yang kita cinta
hati kita akan berdegup kencang
di hadapan orang yang kita suka
hati kita akan gembira
di depan orang yang kita cinta
musim sentiasa berbunga-bunga
kita menjadi malu
di depan orang yang kita suka
kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar
kita tak boleh merenung mata orang yang kita cinta
tapi kita boleh merenung mata orang yang kita suka
bila orang yang kita cinta menangis
kita turut menangis
bila orang yang kita suka menangis
kita cuba gembirakan dia
perasaan cinta bermula dari kata
perasaan suka bermula dari telinga
jangan tinggalkan orang yang kita cinta
demi orang yang kita sayang
kerana orang yang kita suka mungkin
akan tinggalkan kita demi orang yang dia cinta..
No comments:
Post a Comment